Malah rata-rata para penonton episod Meletop tersebut menulis komen-komen positif di laman sosial tentang cara pengacaraan Imam Muda Asyraf yang sempoi, tenang dan bersahaja. Siap ada yang cadangkan agar IM Asyraf terus dilantik menjadi pengacara tetap. Amboi over betul. Menurut IM Asyraf, dia sendiri terkejut dengank omen-komen positif diterima. Untuk pengetahuan, IM Asyraf pada mulanya menolak tawaran tersebut. Katanya:-
Terus-terang, apabila pihak produksi meminta saya menggantikan Nabil yang ketika ini sedang mengerjakan umrah, untuk mengacarakan Meletop, saya cuba menolaknya dengan baik.
Selain tidak sesuai dengan imej saya yang lebih kepada program bercorak keagamaan, saya juga bukanlah orang yang pakar mengenai industri hiburan tanah air.
Bagaimanapun, selepas mereka meyakinkan konsep program pada malam itu bukanlah menjuruskan kepada gosip semata-mata, selain pengisiannya juga bersesuaian dengan Ramadan, saya menerimanya.
Memang saya risau dengan komen penonton dan saya juga takut dikecam. Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila 90 peratus daripada komen diterima menyukai apa yang saya tampilkan dalam program itu.
Diharap IM Asyraf dapat menimba pengalaman yang bagus dan positif sepanjang mengendalikan episod Meletop tersebut. Mana tahu ada rezeki untuk jadi pengacara program-program lain pula selepas ini. Apa apa pun, tahniah buat IM Asyaf dan Siti Nordiana kerana telah berjaya mengendalikan program Meletop dengan begitu baik sekali.