Gambar ngeri didedahkan pada hari Sabtu menunjukkan seorang lelaki Bronx dituduh membunuh dan mengerat tubuh badan ibunya, dambil tersenyum dan memaparkan kepala wanita itu ditangannya.
Bahsid McLean, 23, dilihat berdiri di hadapan cermin bilik mandi sambil memegang kepala ibunya yang berdarah. Kepala Tanya Byrd, dijadikan seperti trofi dan McLean menggunakan telefonnya untuk mengabadikan gambar mengerikan itu sebagai kenang-kenangan, dalam imej yang telah dibocorkan kepada New York Post. McLean telah didakwa membunuh Byrd, 45, dengan kejam dan bangga dengan perbuatan kejam itu. Seorang pegawai penguatkuasa undang-undang berkata gambar yang mengejutkan itu hanyalah salah satu daripada beberapa imej yang terdapat pada telefon bimbit McLean.
Polis berkata, selepas McLean menikam wanita itu sehingga mati, mungkin pada hari Sabtu atau pada hari Isnin, dia memotong badan ibunya. Kemudian dia dan kawan baiknya menyumbat bahagian badan wanita itu ke 3 beg sampah dan dibuang sekurang-kurangnya empat lokasi berbeza di Morrisania, di mana ianya telah ditemui awal pagi Selasa oleh beberapa ekor anjing di kawasan itu. McLean muncul di mahkamah pada hari Jumaat dan mendakwa bahawa 'dia tidak berbuat apa-apa yang salah.' -AP