Inilah Sebab Yang Anda WAJIB Tahu Kenapa Filem Wonder Woman DIHARAMKAN
Filem Wonder Woman secara rasminya diharamkan di negara itu kerana watak utama filem tersebut dilakonkan oleh bekas tentera Zionis Israel, iaitu Gal Gadot. Selain Wonder Women, Gal Gadot juga pernah membintangi filem siri Fast & Furious dan Batman v Superman.
Gal Gadot merupakan penyokong tentera Zionis dan membenci gerakan HAMAS. Beliau pernah menulis di status Facebooknya yang berbunyi:“I am sending my love and prayers to my fellow Israeli citizens. Especially to all the boys and girls who are risking their lives protecting my country against the horrific acts conducted by Hamas, who are hiding like cowards behind women and children…We shall overcome!!! Shabbat Shalom!”
#weareright #freegazafromhamas #stopterror #coexistance #loveidf
Status ini ditulis oleh Gal Gadot semasa perang di Gaza tahun 2014 yang telah menyebabkan 551 kanak-kanak dan 299 wanita terbunuh (1,462 orang awam terbunuh). 1/3 daripada 3,436 kanak-kanak yang cedera mengalami kecacatan kekal.
Sehingga hari ini, 300,000 kanak-kanak memerlukan sokongan mental dan psikososial akibat trauma. Tambahan, 142,000 buah rumah musnah dan mengalami kerosakan yang menyebabkan ratusan ribu penduduk Gaza tidak mempunyai tempat tinggal.